Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dalam satu sesi ceramahnya membincangkan tentang situasi di mana seorang isteri meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah.
Beliau menjelaskan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai wanita yang meminta cerai tanpa sebarang kesalahan atau kejahatan yang dilakukan oleh pasangan.
Ustaz Azhar menyatakan bahawa, Nabi bersabda, isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang jelas akan menghadapi akibat serius, di mana syurga akan terhalang bagi mereka.
Jika seorang isteri sudah meminta cerai tanpa sebab yang sah, maka pintu syurga akan tertutup baginya. Dan kebanyakkan isteri yang meminta cerai menunjukkan akhlak yang kurang baik.
Justeru, Ustaz Azhar menasihatkan golongan wanita bersabar demi menjaga keharmonian dalam perkahwinan mereka.
Walaupun begitu, terdapat lima situasi di mana seseorang isteriitu boleh memohon cerai daripada suaminya:
- Jika suami tidak memberikan nafkah.
- Jika suami melarang isteri melakukan kewajiban seperti sembahyang dan menutup aurat.
- Jika suami menyuruh isteri melakukan perkara haram seperti liwat, berjudi atau minum arak.
- Jika suami melakukan keganasan fizikal, termasuk memukul.
- Jika suami dipenjara, dengan kebanyakan negeri di Malaysia menetapkan hukuman minimum tiga tahun penjara.
Sumber: Kosmo! Online