Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suami tidak sepatutnya mengabaikan isteri dan leka dengan program di luar bersama rakan-rakan. Apabila isteri mengadu, dengarlah apa yang mereka katakan. Bukannya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila isteri rasa terabai, luah pada ibu bapa. Namun mereka tak terdaya nak membantu selain meminta untuk bersabar. Menyebabkan isteri pula meluahkan masalah itu kepada rakan yang lama kelamaan bosan mendengarnya.
Sungguh menjadi isteri ini bukan mudah jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya. Jika berterusan, tidak hairanlah isteri meluahkan rasa kesalnya mengenai rumah tangga di media sosial. Bila dicerita, ramai pula keyboard warrior yang mengecam. Sekali sekala, fahamilah perasaan isteri dan wanita. Semoga perkongsian dari Ummi HaniAqil ini memberi manfaat kepada semua.
MENGANDUNG dua bulan, tengah muntah teruk, nak bangun pun tak larat. Dengan anak pertama masih kecil dan memerlukan perhatian. Si ibu nak bangun ke bilik air pun tak mampu. Merangkak bila nak kencing atau berak. Sebab bangun saja boleh tumbang, rasa nak pitam.








