'Saya diceraikan sebab tak masak,' Wanita dedah suami curang dengan janda | The Reporter

‘Saya diceraikan sebab tak masak,’ Wanita dedah suami curang dengan janda

Gambar wanita dan keluarga dikaburkan, dikaitkan dengan isu suami curang semasa isteri masih dalam pantang.
Wanita dedah suami menceraikannya semasa pantang 42 hari, dikaitkan dengan perbualan curang dan kehadiran wanita lain dalam hidup suami.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Bila isteri tengah pantang, suami sibuk cari janda di Facebook”

Begitulah luahan pedih seorang wanita, Norsyafrinna Dzulkefli, yang mendakwa dirinya diceraikan ketika masih dalam pantang 42 hari, gara-gara suaminya yang lebih mengutamakan hubungan dengan wanita lain berbanding tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Dalam hantaran di Facebook, Norsyafrinna mendedahkan suaminya yang digelar sebagai ‘Abang Santan’, memberi alasan kononnya dia malas memasak dan tidak melayan suami sebagai punca perceraian. Namun, dia mendakwa hakikat sebenar adalah suaminya aktif mencari wanita lain melalui aplikasi Facebook.

“Ini wanita-wanita taste Abang Santan yang sanggup lafaz cerai terhadap isteri sendiri yang tengah dalam pantang 42 hari,” katanya sambil berkongsi tangkap layar perbualan yang dipercayai bukti perbuatan curang suaminya.

Norsyafrinna menjelaskan, walaupun suaminya mendakwa kononnya dia sendiri yang meminta cerai, hakikatnya tindakan itu dilakukan setelah berulang kali mendapati lelaki terbabit menjalinkan hubungan terlarang dengan wanita lain.

“Betul saya yang minta cerai sebab saya tak sanggup tengok dia asyik kantoi chat dengan janda-janda tua. Katanya dah tak ada rasa apa-apa dekat saya, jadi saya lepaskan,” tulisnya lagi.

Dia juga mendedahkan perbualan WhatsApp yang memperlihatkan suaminya meluah perasaan kononnya sudah tiada nafsu terhadap isteri dan meminta wanita lain ‘melayan’ dirinya, bahkan turut merancang untuk menyewa homestay bagi tujuan pertemuan sulit.

“Saya simpan semua ni lama sebab fikir masih sayang dan demi anak. Tetapi selepas dia cakap dah tak ada rasa, saya pun buka segalanya. Biar orang tahu siapa dia sebenarnya,” jelasnya.

Hantaran itu pantas mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita tersebut, malah mengecam tindakan bekas suaminya yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tergamak mengabaikan isteri yang baru bersalin.

Related Posts