Israel minta bantuan, Amerika tolak dan enggan serang Iran | The Reporter

Israel minta bantuan, Amerika tolak dan enggan serang Iran

Pemimpin Israel dan Amerika Syarikat berbincang dalam suasana serius
Baru nak ajak, AS dah awal-awal cakap tak nak campur serangan Israel ke atas Iran | Kredit gambar: Yuri Gripas/Abaca/Bloomberg via Getty Images

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• AS tolak permintaan Israel sejak awal, sebelum diajak secara rasmi
• Israel tetap buat permintaan rasmi pada 13–14 Jun, tapi ditolak
• Trump beri amaran jika Iran serang kepentingan AS, tindakan balas akan berlaku

Ketika Israel sedang mengatur langkah menyerang kemudahan nuklear Iran, mereka cuba mengajak Amerika Syarikat (AS) untuk turut serta. Namun yang mengejutkan, Washington lebih awal menyatakan pendirian bahawa AS tidak akan terlibat secara langsung dalam sebarang operasi ketenteraan terhadap Iran.

Menurut sumber diplomatik, White House telah memaklumkan kepada Israel pada 12 Jun 2025 AS tidak akan menyertai misi menyerang fasiliti pengayaan uranium bawah tanah di Fordow, Iran. Beberapa hari kemudian, pada 13 atau 14 Jun, Israel mengemukakan permintaan rasmi untuk mendapatkan sokongan ketenteraan AS, namun ditolak kerana pendirian sudah pun dibuat lebih awal.

Israel memerlukan bantuan untuk menyerang tapak Fordow yang dibina dalam kawasan pergunungan, hanya boleh ditembusi dengan bom khas yang kini hanya dimiliki oleh tentera Amerika.

Kenapa AS awal-awal tolak?

Pentadbiran Trump menolak penglibatan kerana bimbang ia akan mencetuskan perang serantau berskala besar. Sekiranya Iran bertindak balas, proksi mereka seperti Hezbollah dan militan lain di Lubnan, Syria dan Iraq mungkin turut menyerang, termasuk ke atas pangkalan AS di rantau itu. Selain itu, kestabilan pasaran minyak dunia dan hubungan diplomatik dengan sekutu Arab turut menjadi pertimbangan utama.

Presiden Trump menjelaskan, “Ada kemungkinan kami akan terlibat. Tetapi kami tidak terlibat dalam serangan terhadap Iran. Itu operasi Israel.”

Setakat ini, AS hanya membantu dari sudut pertahanan, termasuk memintas peluru berpandu Iran dan memberi makluman awal kepada sekutu seperti Qatar sebelum serangan dilancarkan oleh Israel. Walau bagaimanapun, AS tetap bertegas untuk tidak menyertai serangan ofensif.

AS beri amaran kepada Iran

Dalam kenyataan tegas, White House berkata, “Kami tidak terlibat. Ini bukan operasi kami.”

Trump turut memberi amaran keras jika Iran menyentuh sebarang kepentingan AS, Iran akan menerima tindak balas dengan kekuatan penuh yang belum pernah disaksikan sebelum ini. – Agensi

Related Posts