Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melakar kejayaan tersendiri apabila lulus dalam sesi viva Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan pindaan kecil.
Perkara berkenan dimaklumkan oleh pihak UUM menerusi hantaran di Facebook. Tesis beliau yang bertajuk “Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik COVID-19” selaras dengan pengalamannya sebagai Perdana Menteri ketika berhadapan pandemik yang melanda negara.
“Sesi viva voce PhD yang berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), UUM pagi tadi dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis. Pemeriksa luar ialah Prof. Dato’ Dr. Sivamuragan Pandian, manakala pemeriksa dalaman ialah Prof. Madya Dr. Nazariah Osman.
“Penyelia pertama beliau ialah Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar, manakala Prof. Madya Dr. Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw masing-masing bertindak sebagai penyelia kedua dan ketiga,” tulis hantaran berkenaan.
Baca juga:
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
- ‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi
Bagaimanapun, pihak universiti memaklumkan bahawa kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan Senat Universiti.








