Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Isu kontroversi baru-baru ini mengenai stoking yang tertera kalimah Allah mengundang kecaman ramai. Walaupun pihak KK Mart dan vendor sudah membuat permohonan secara terbuka, namun rakyat Malaysia meminta agar hukuman dikenakan diatas kesalahan tersebut.
Susulan itu, masyarakat mula menyeru agar memboikot perniagaaan KK Mart.
Mengulas isu ini juga, seorang pempengaruh dan usahawan terkenal di Dubai berkongsikan hukuman yang dilaksanakan di Dubai sangat tegas jika menghina agama walaupun hinaan di media sosial.
“Undang-undang sini jelas dan tegas jatuhkan hukuman 1-5 tahun penjara dan saman RM300,000 hingga lebih RM2 juta jika menghina Allah, Rasul, Nabi, Quran dan masjid.
“Sehingga jika menghina agama di FB pun, hukuman dikenakan. Dan beberapa kali juga ini berlaku sepanjang beberapa tahun ini saya di Dubai. Undang-undang di sini adalah sangat strict,” katanya.
Kongsinya lagi, seorang jurutera yang berasal dari United Kingdom pernah mengeluarkan kata-kata tidak sopan di kawasan masjid. Dan atas tindakannya itu, dia dikenakan hukuman penjara.
“Pernah berlaku seorang pekerja Engineer mat salleh dari UK, yang bekerja di projek sebuah masjid di sini, sedang marah dan “Ter” carut di kawasan masjid tersebut (tempat dia kerja tu).
Tercarut di kawasan masjid pun, dia dipenjarakan,” katanya.
Dalam pada itu dia turut mempersoalkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas pihak KK Mart berhubung isu berkenaan.
“Tapi bila KKMart jual stokin kalimah “Allah” yang boleh diletakkan di kaki, agak-agak apakah tindakan yang akan dikenakan? Adakah siasatan akan berlaku? Teringat pula pernah viral lama dulu isu nama Allah di tapak selipar di luar negara. Nauzubillah,” tulisnya.
Sumber: Irfan Khairi








