Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sumbangan RM10,000 bakal disalurkan dengan segera bermula Isnin ini kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam insiden letupan gas di Putra Heights.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sumbangan berjumlah RM10,000 itu melibatkan RM5,000 daripada Petronas dan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan.
Bantuan RM5,000 juga turut diberikan kepada rumah yang dikenalpasti mengalami kerosakan separa dan terjejas tanpa terbakar, termasuk yang disewa.
Pada sidang akhbar yang diadakan di Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu, beliau turut memaklumkan bahawa bantuan akan diserahkan bermula Isnin hingga Jumaat ini kepada 219 mangsa yang terjejas.
Terdahulu, bantuan awal RM5000 dan RM2500 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim pada 1 April 2025 buat mangsa yang terjejas dalam tragedi tersebut.
Insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April telah menyebabkan kerosakan yang melibatkan 437 buah rumah dan 399 buah kenderaan. Kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian dianggarkan sebanyak RM65.4 juta, termasuk kos pendawaian di seluruh kawasan terjejas.
Sumber: Sinar Harian








