Sindiran terhadap Bella cetus kecaman
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Insiden tular membabitkan Bella Astillah ketika menghadiri acara anjuran Inayah Beauty semalam mencetuskan kemarahan ramai, khususnya peminat setia beliau.
Dalam rakaman siaran langsung TikTok yang kini tersebar, seorang wanita yang juga figura dalam industri hiburan dilihat menyindir peminat yang ingin melihat “BASS” (singkatan popular merujuk kepada gandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq) sambil mempersoalkan pemilihan pakaian Bella.
“Alihkan nak tengok BASS? Amboi korang. Tengok BASS haa! Tengok BASS, nak tengok sangat.
“BASS korang salah pakai baju. Orang suruh pakai putih, dia pakai biru. Tak faham aku,” katanya.
Sindiran itu disampaikan secara terbuka dalam siaran langsung yang ditonton lebih 13,000 orang dan dianggap tidak wajar serta memalukan oleh ramai penonton.
Baca juga:
- ‘Kesilapan saya sebab terlalu percayakan orang’ – Azar Azmi
- Namron zahir sokongan, minta Que Haidar terus kuat
- Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah bercerai talak satu
Peminat pertahan Bella, dakwa tindakan biadab dan berbaur peribadi
Peminat Bella tampil mempertahankan penyanyi itu dan mendesak agar individu terbabit memohon maaf secara terbuka. Ramai menyifatkan tindakan menyindir secara langsung itu sebagai tidak profesional, berbaur peribadi dan merendahkan imej Bella di hadapan khalayak.
“Nama Bella langsung tak disebut, tapi semangat sangat nak kutuk pakaian dia. Kalau bukan sebab Bella, takkan 13,000 orang tengok live tu.”
Netizen juga meluahkan rasa kesal apabila selebriti lain diberi penghargaan sewajarnya dalam siaran tersebut, manakala Bella yang turut dijemput bukan sahaja tidak diperkenalkan, malah menjadi sasaran sindiran terbuka.
‘Kasar bahasa tu’

‘Nampak sangat tak suka Bella’

‘Viewer mencanak sebab BASS’

Inayah tampil beri penjelasan, tegaskan individu bukan kakitangan
Beberapa jam selepas insiden itu tular, pihak Inayah Beauty tampil menjelaskan bahawa individu yang mengeluarkan kenyataan berkenaan bukanlah kakitangan atau wakil rasmi syarikat, sebaliknya hanya tetamu jemputan yang terlibat dalam acara tersebut.
Mereka turut menegaskan bahawa Bella telah bersama jenama itu selama empat tahun dan kekal sebagai salah satu wajah penting Inayah Beauty, sambil menyeru agar orang ramai tidak memboikot jenama berkenaan.
Sumber: TikTok Dini Latifi, Amirah Ibrahim









