'Ini jalan la, bukan tempat parking, bangang!' - Netizen puas hati tengok lelaki marah pemandu double park - The Reporter

‘Ini jalan la, bukan tempat parking, bangang!’ – Netizen puas hati tengok lelaki marah pemandu double park

lelaki marah pemandu double park

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sikap pemandu yang gemar meletakkan kenderaan secara parkir bertindih (double park) di kawasan tumpuan awam terus menjadi isu yang menyusahkan pengguna jalan raya.

Tindakan sebegini bukan sahaja menghalang laluan tetapi turut menyempitkan dua lorong menjadi satu, sehingga menyulitkan aliran trafik dan membebankan pengguna lain yang terpaksa menunggu lama untuk melalui kawasan tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki terperangkap di jalan dua hala berdekatan deretan kedai akibat tiga buah kereta yang parkir bertindih.

Pengadu pada mulanya menyangka dia hanya perlu bersabar dan menunggu sebentar. Namun, lebih banyak kenderaan datang dari arah bertentangan, menyebabkan dia terkandas di jalan tersebut.

Pengadu cuba memberi isyarat dengan membunyikan hon berkali-kali, berharap pemandu kenderaan tersebut beredar. Malangnya, usahanya tidak berhasil, dan kesesakan bertambah teruk apabila kenderaan dari kedua-dua arah tidak dapat bergerak.

Setelah hilang sabar, pengadu akhirnya keluar dari kenderaannya dengan perasaan marah lalu menegur pemandu-pemandu berkenaan yang menjadi punca kepada kesesakan tersebut.

Selepas teguran itu, ketiga-tiga pemandu beredar dan laluan kembali lancar.

Di media sosial, netizen menyambut baik tindakan tegas pengadu, meluahkan rasa puas melihat pemandu tidak bertanggungjawab ditegur secara terbuka.

‘Naik darah tengok orang macam ni’

‘Kereta besar, otak kecik’

‘Ramai attitude macam ni’

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!