'Ini dia jutawan yang habiskan RM8 juta untuk buat filem dakwah patriotik Mat Kilau, bukan merosakkan minda anak-anak' - The Reporter

‘Ini dia jutawan yang habiskan RM8 juta untuk buat filem dakwah patriotik Mat Kilau, bukan merosakkan minda anak-anak’

Sehingga ke hari ini, filem Mat Kilau menjadi buah mulut masyarakat dan setakat ini juga dicatatkan kutipan filem tersebut sudah mencecah RM12 juta. Pelbagai persepsi mengenai filem ini, namun yang pastinya filem ini sudah berjaya menambat hati penonton.

Di sebalik kejayaan filem ini, sudah pasti ada orang kuat di belakang tabir yang memastikan pembikinan filem ini berjaya. Nama Shamsul Yusof yang diangkat sebagai pengarah dalam pembikinan filem ini sudah tidak asing lagi. Tetapi penerbit yang mengeluarkan dana untuk filem ini belum dikenali umum dengan lebih dekat.

Pencetus Ummah (PU) Amin membongkarkan insan hebat di sebalik kejayaan ini. Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Hj Abdul Rahman Mt Dali, katanya merupakan seorang jutawan.

“Korang kena kenal orang ni. Ini dia, Haji Abdul Rahman Mt Dali. Jutawan ummah dan pemilik Hospital Az-Zahra, Bangi.

“Orang kaya yang menghabiskan RM8 juta untuk buat filem dakwah patriotik. Duit Allah bagi dia tak habis. Dia guna pula untuk suntik rasa cinta dan sayang pada agama, bangsa dan tanah air. Bagi aku, kita bukan taksub pada Melayu, tetapi tanpa maruah bangsa kita akan dipijak dan hina,” tulisnya.

Menurut PU Amin lagi, dia mengharapkan agar lebih ramai golongan jutawan yang mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh Hj Abdul Rahman dan meninggalkan perkara-perkara (konten) yang boleh merosakkan minda anak-anak.

“Harap muncul ramai lagi orang kaya bijak berani dan hebat seperti Hj Abd Rahman Mt Dali. Pada jutawan dan orang orang yang rasa diri tu kaya, berhentilah buat content dan aksi yang mencemarkan maruah anda, kerana itu akan lebih memiskinkan diri anda. Gunalah duit untuk masa depan anak bangsa. Bukan kaya lalu merosak keturunan kita.

“Dan aku berpesan, kita ada ramai orang kaya yang boleh dijadikan contoh dek baik akhlak dan imannya, mengapa sampai hari ni, kita masih bagi ruang dan peluang kepada orang kaya yang selalu merosakkan minda anak anak kita itu kehadapan? Fikirkanlah sahabat.

“Contohilah jutawan penerbit Mat Kilau ini. Ini baru betul kaya dunia akhirat. Inshaallah,” kata PU Amin.

Sumber: Pencetus Ummah Amin

Total
0
Shares
Leave a Reply
Total
0
Share