Karya pelukis tempatan Arif Rafhan mendapat perhatian ramai apabila lukisan batik beliau dihasilkan semasa tayangan promosi filem Venom The Last Dance.
Kreativiti beliau tidak disangkal memandangkan gabungan seni yang dihasilkan bukan mudah.
Sekali lagi Sony Pictures menarik perhatian ramai apabila menonjolkan pula venom versi wayang kulit.
Mengenengahkan karya daripada Fusion Wayang Kulit, karya ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sony Pictures, pengasas Fusion Wayang Kulit, TinToy Chuo dan juga Tok Dalang Wayang Kulit, Muhammad Dain Othman mengakui bukan mudah untuk menterjemahkan kedua-dua seni tersebut ke dalam sebuah karya.
Katanya, karya yang dihasilkan perlu diperhalusi dan teliti bagi menampakkan hasil yang terbaik di layar putih.
Selain itu, karya berkenaan juga dapat membawa seni Malaysia ke peringkat dunia dengan membawa gabungan seni Melayu dan moden.
Sumber: Sony Pictures








