Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perkongsiannya menerusi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib menyentuh hati ramai.
Ali XPDC, nama yang tidak asing lagi dalam dunia rockers suatu ketika dulu, berkongsikan pengalaman beliau ketika menyertai kumpulan XPDC dan juga beberapa maksud lagu yang dinyanyikan semasa bersama kumpulan Terra Rossa iaitu Bunga Angkasa.
Lagu Bunga Angkasa katanya diinspirasikan kisah daripada Anjang yang merupakan komposer dan penulis lirik lagu ini ketika bercinta dengan isterinya iaitu seorang pramugari.
Selain itu, Ali turut berkongsikan kisah penghijrahan beliau ketika mula memasuki usia 40 tahun.
Katanya, dia mula terdetik untuk berhijrah apabila memikirkan tentang anak-anaknya. Dia mula mengambil keputusan untuk menyertai jemaah tabligh.
Walaupun sedang melalui fasa peyembuhan dari penyakit angin Ahmar, Ali dilihat tenang bercerita berkongsikan kisah hidupnya yang menjadi inspirasi dan ikutan kepada anak-anak muda.
Semasa di akhir wawancara, Ali menitipkan pesanan supaya sentiasa mengingati Allah dan menjaga solat. Ali kelihatan sebak dan tidak mampu menghabiskan kata-kata membuatkan Fizie Roslan, Mamat dan Shuib turut berasa sebak.
“Episod 20 (Dol’s Podcast) saya rasa paling mahal dan paling dahsyat,” kata Fizie.








