Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Minat terhadap kucing di kalangan rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan. Dengan kecomelan dan sifat manja haiwan ini, ramai memilih untuk memelihara si bulus sebagai teman di rumah. Namun, apa yang dilakukan seorang wanita dari Indonesia ini berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi satu video tular di TikTok, seorang influencer Indonesia dengan nama akaun @mbulthecat dilihat menikmati makanan kucing jenama Catto secara santai. Dalam rakaman tersebut, dia bukan sahaja mencuba ‘wet food’ kucing, malah mencampurkannya ke dalam mi segera sebelum memakannya dengan selera.
“Rasa sedap seperti makanan Jepun!”
Wanita ini mendakwa, rasa makanan tersebut adalah enak seperti daging ikan yang sedikit berbau, namun tetap sedap.
“Rasanya betul sedap, macam daging ikan ada bau ikannya, tapi rasanya sedap seperti makanan Jepun,” tulisnya dalam video.
Tindakannya itu lebih mengejutkan apabila dia turut mencabar penonton lain untuk mencubanya agar dia tidak merasa bersendirian.
“Rasanya sedap, ayuh cuba juga supaya saya tidak sendirian,” tambahnya lagi.
Reaksi netizen: “Apa dah jadi dengan dunia?”
Gelagat wanita itu mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen. Ada yang berasa geli, ada juga yang terhibur dengan tindakan luar biasa tersebut. Antara komen yang mencuri perhatian adalah:
“Loya sampai sini weh.”
“So apa progress, tumbuh bulu extra ke?”
“Tak payah nak ajak orang!”
Makanan kucing ‘Human-Grade’, selamat dimakan
Menerusi pemeriksaan di akaun TikTok rasmi jenama Catto, makanan kucing tersebut disahkan sebagai ‘human-grade’, yang bermaksud ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan selamat dimakan manusia.
Mengikut garis panduan di Amerika Syarikat, label ini diberikan kepada produk yang mematuhi peraturan ketat USDA dan FDA. Malah, video di akaun tersebut turut menunjukkan staf jenama itu menjamah makanan kucing bersama nasi sebagai bukti kualiti.
Adakah tindakan wanita ini sekadar gimik atau trend baru? Apa pun, keberaniannya nyata berjaya mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.








