Individu pertikai kewujudan 'Anugerah Kehadiran Penuh' untuk pelajar di sekolah - The Reporter

Individu pertikai kewujudan ‘Anugerah Kehadiran Penuh’ untuk pelajar di sekolah

kewujudan anugerah kehadiran penuh
Gambar hiasan | Sumber gambar: Utusan Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Anugerah kehadiran penuh di sekolah merupakan penghargaan kepada pelajar yang hadir setiap hari sepanjang tahun tanpa sebarang ketidakhadiran, dengan tujuan memupuk disiplin, tanggungjawab, dan komitmen dalam kalangan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan.

Namun, anugerah ini telah mencetuskan perdebatan apabila ada pihak mempersoalkan keadilannya, khususnya terhadap pelajar yang terpaksa mengambil cuti kerana faktor kesihatan.

Seorang pengguna Threads, Hang Duku, menyuarakan pandangan kritis terhadap anugerah ini. Beliau berpendapat, inisiatif tersebut tidak adil kepada pelajar yang terpaksa bercuti kerana masalah kesihatan.

“Ini antara anugerah yang tak adil dan tak patut ada sebenarnya. Niatnya memang untuk menggalakkan pelajar datang sekolah, tapi dalam masa sama seolah-olah ‘menghukum’ pelajar yang terpaksa bercuti demi mengelakkan penyakit merebak,” tulisnya.

Beliau juga mendedahkan situasi di mana pelajar yang sakit terpaksa hadir kerana bimbang tidak menerima sijil.

“Sampai ada yang demam teruk tetap hadir ke sekolah sebab takut tak dapat sijil.”

Namun, ramai juga netizen yang menyokong inisiatif ini. Menurut Myaisah Rahim, anugerah ini bertujuan memberikan galakan kepada pelajar untuk hadir ke sekolah.

“Kalau sakit, tak payah hadir. Tak perlu pandang negatif. Banyak lagi anugerah lain yang boleh diraih oleh pelajar,” katanya.

Pandangan ini turut disokong oleh Laici Kering, yang berpendapat anugerah seperti kehadiran penuh hanyalah satu daripada pelbagai cara untuk memotivasikan pelajar.

“Pelajar yang tak hadir penuh masih boleh capai anugerah lain seperti sukan, pidato, dan rekacipta,” jelasnya.

Adakah anugerah seperti ini wajar diteruskan, atau perlu pendekatan baharu yang lebih adil? Apa pandangan anda?

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!