Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kes lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipukul di pasar tani Kemaman terus mencuri perhatian selepas timbul dakwaan yang menceritakan situasi sebelum kejadian yang mungkin mencetuskan insiden tersebut.
Menurut video yang dikongsikan oleh X MyNewsHub, lelaki OKU tersebut dikatakan menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan pasar tani.
“Cerita sebenar. Sebelum kejadian, OKU tersebut membawa motosikal secara berbahaya dalam kawasan pasar tani. Apabila ditegur, yang ditegur pula dimaki beserta ugutan 20 round speed run di dalam pasar tani.
“Pada round ketiga speed run, OKU tersebut hampir terlanggar anak kecil salah seorang pengunjung pasar tani. Pengunjung lain cuba menahan dan ada yang terajang motosikal lalu terbabas ke gerai peniaga dan membuat kekecohan memaki hamun pengunjung dan cuba untuk melarikan diri. Di sini, dia dipukul beramai-ramai oleh pengunjung yang hampir dilanggar.
“Kat sini dah ada dua kesalahan. Hakikatnya walaupun OKU, tetapi membahayakan orang ramai tidak sepatutnya dibiarkan bebas tanpa pengawasan. Satu lagi, yang memukul pun bersalah juga,” kata kenyataan tersebut.
Bukan ‘green light’ untuk pukul mangsa
Bagaimanapun, netizen berpendapat bahawa perbuatan memukul mangsa sehingga cedera adalah melampaui batas, walaupun terdapat kesalahan yang mungkin dilakukan oleh mangsa.
“If abang OKU tu memang salah pun, what gives you the right untuk belasah orang sampai macam tu sekali? Kau heret, pukul, pijak, terajang orang nak tunjuk perangai samseng tak apa pula. Yang lain pun, ramai tengok je?
“Satu, dia tu tak normal seperti kita yang masih boleh berfikir secara waras. Kedua, selepas dah terajang motosikal dia tu, tak boleh ke tarik dia ke tepi? Ketiga, dia dah lunyai selepas dibelasah, kemudian diheret dan diterajang macam binatang.
“Pokoknya, mengapa dia diseret bagaikan haiwan dan bila dia tak melawan, dia disepak terajang. 6 jahanam yang samseng itu tak cukup kuat ke untuk overcome dia? Tak perlu seret dia sebegitu rupa,” kata netizen.








