Individu dakwa disaman FAM RM5 juta gara-gara ciapan lama kritik FAM | The Reporter

Individu dakwa disaman FAM RM5 juta gara-gara ciapan lama kritik FAM

FAM Malaysia
Gambar hiasan

Seorang individu mendakwa telah menerima saman daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas tuduhan memuat naik hantaran (ciapan) lama yang berunsurkan fitnah.

Dalam hantaran di jaringan X itu, Sayf Ismail turut berkongsikan penyataan tuntutan ganti rugi libel sebanyak RM5,000,000.00.

“FAM Malaysia telah menyaman saya atas beberapa ciapan lama yang kononnya meyebarkan fitnah dan meyebabkan kerugian libel sbyk RM 5 juta,” katanya.

Berdasarkan dokumen berkenaan, FAM melalui plaintif Noor Azman Bin Rahman telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Sayf Bin Che Ismail, sebagai defendan. Mereka menuntut ganti rugi libel berjumlah RM5,000,000.00 seperti yang dinyatakan dalam dokumen tersebut.

FAM mendakwa bahawa defendan telah menyiarkan ciapan di platform dalam talian di aplikasi X yang berunsur fitnah terhadap FAM, mencemarkan nama baik FAM dan menyebabkan kerugian terhadap reputasi FAM.

Dalam pada itu, Sayf Ismail turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan di media sosial.

“Buat peminat-peminat bola sepak yang biasa menyuarakan pendapat atau memberi komen terhadap isu-isu bola sepak Malaysia, anda harus berhati-hati,” katanya.

Related Posts