Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh media sosial, Imran Bard, menerima kecaman hebat selepas memuat naik satu video di Instagram yang didakwa menormalisasikan budaya songsang. Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan beberapa adegan ‘mesra’ antara Imran dan seorang lelaki lain, mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Dalam rakaman berkenaan, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 24, dilihat menghidangkan Char Kuey Tiaw kepada seorang lelaki yang memanggilnya ‘sayang’. Lelaki tersebut kemudian menyatakan keinginannya untuk mengajar Imran cara memasak hidangan itu dengan betul selepas merasakan ia tidak kena dengan seleranya.
Saya pun tak pandai masak. Ajar lah saya. pic.twitter.com/2DN2ZEzAl8
— Mountain Dew (@mountain_dew15) February 6, 2025
Namun, apa yang mencetuskan kontroversi adalah beberapa babak yang dianggap tidak wajar, termasuk adegan di mana lelaki itu memeluk Imran dari belakang serta ekspresi wajahnya yang mengetap bibir sewaktu menarik Imran rapat kepadanya.
Tindakan Imran memuat naik video tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap ia sebagai satu bentuk promosi budaya songsang.
Di ruangan komen, ramai yang menasihatinya agar tidak menormalisasikan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.
“Jadi lelaki sejati mat, tak elok untuk budak-budak tengok content macam ni,” komen seorang pengguna media sosial.
“Imran, saya sangka awak cukup bijak tentang hal ini. Jangan normalkan perkara yang salah walaupun awak fikir itu adalah sifat semula jadi awak,” ujar seorang lagi netizen.
Susulan kecaman bertubi-tubi, video tersebut telah dipadam dari akaun Instagram Imran Bard. Namun, ia tetap tersebar luas di platform media sosial lain, mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.