Imane Khelif menang pingat emas walaupun dilanda kontroversi jantina | The Reporter

Imane Khelif menang pingat emas walaupun dilanda kontroversi jantina

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Petinju wanita dari Algeria, Imane Khelif, telah mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas dalam acara tinju wanita kategori 66 kilogram di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kemenangan ini dicapai di tengah-tengah kontroversi mengenai jantinanya, yang telah menjadi topik hangat sepanjang temasya sukan tersebut.

Khelif, yang berusia 25 tahun, berjaya menewaskan Yang Liu dari China dengan keputusan 5-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Roland-Garros.

Sebelum ini, Khelif telah hilang kelayakan untuk bertanding di Kejohanan Dunia 2023 selepas gagal ujian kelayakan jantina. Namun, Jawatankuasa Olimpik telah mengesahkan bahawa Khelif bukanlah transgender tetapi memiliki kelainan perkembangan seks (DSD), yang menyebabkan beberapa wanita memiliki kromosom XY dan kadar testosteron yang tinggi.

Kemenangan ini merupakan pingat emas pertama Algeria dalam acara tinju wanita di Sukan Olimpik. Khelif menyatakan kegembiraannya dengan berkata, “Selama lapan tahun, ini adalah impian saya dan kini saya adalah juara Olimpik serta pemenang pingat emas. Saya telah bekerja keras selama lapan tahun, tanpa tidur. Sekarang saya seorang juara Olimpik”.

Perjalanan Khelif ke final juga penuh dengan cabaran. Dalam perlawanan pembukaan di Sukan Paris, lawannya dari Itali, Angela Carini, terpaksa menarik diri selepas mengalami kesakitan yang kuat di hidung. Khelif kemudian menewaskan Anna Luca Hamori dari Hungary di suku akhir dan Janjaem Suwannapheng dari Thailand di separuh akhir sebelum menewaskan Yang Liu di perlawanan akhir.

Sumber: Astro Awani

Related Posts