Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Mangsa dikatakan baru melawat isterinya yang baru sahaja melahirkan anak ketiga mereka di Hospital Seri Manjung pada Isnin.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk menjemput anak yang lain di sekolah.
Nurul Kamal Zulkarnain merupakan seorang imam masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kereta Perodua Kembara yang dipandu mangsa terbabas ke ladang kelapa sawit.
“Mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan pegawai perubatan.
“Mangsa dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro








