Iklan PTPTN di KLIA2 buat peminjam 'terasa', cetus perdebatan netizen | The Reporter

Iklan PTPTN di KLIA2 buat peminjam ‘terasa’, cetus perdebatan netizen

Iklan PTPTN di KLIA2 yang viral di media sosial.
Iklan PTPTN di KLIA 2

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih bergelut untuk melunaskan hutang pendidikan mereka, sama ada kerana komitmen kewangan lain atau sikap sambil lewa terhadap bayaran balik. Walaupun pelbagai kaedah ansuran diperkenalkan, kadar pembayaran balik masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Dalam situasi ini, PTPTN terus berusaha meningkatkan kesedaran, termasuk melalui kempen yang kreatif dan sinis.

Terbaru, satu iklan PTPTN yang dipaparkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menarik perhatian ramai apabila mengandungi mesej tersirat kepada peminjam yang masih belum melangsaikan hutang mereka. Iklan tersebut berbunyi:

“Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.”

https://www.tiktok.com/@azrieidzmeer/video/7481528971314744597

Pengguna TikTok, Azrie Idzmeer, memuat naik video iklan tersebut dan menyatakan bahawa dia sudah membayar pinjamannya, sambil membayangkan bahawa mereka yang belum membayar mungkin akan terasa dengan mesej dalam iklan itu.

Reaksi netizen di ruangan komen menunjukkan pandangan yang bercampur-baur. Ada yang menyokong langkah PTPTN dalam meningkatkan kesedaran, menegaskan bahawa hutang wajib dibayar kerana ia melibatkan dana untuk generasi seterusnya. Namun, ada juga yang mempertikaikan sistem pembayaran balik dan menyuarakan pandangan bahawa pinjaman pendidikan sepatutnya lebih fleksibel atau dimansuhkan bagi golongan tertentu.

Sementara itu, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang gagal membuat bayaran. Perbincangan mengenai langkah ini masih berjalan, dan perincian lanjut boleh dibaca di pautan berikut: Pemuda UMNO sokong sekatan peminjam PTPTN.

Related Posts