Seekor ikan emas yang terkenal diberi nama, ‘The Carrot’ ditemui mati di sebuah kolam ikan di Bluewater Lakes, Champagne, Perancis baru-baru ini.
Ikan betina tersebut memiliki berat yang luar biasa, iaitu sekitar 30.4 kilogram. Carrot yang dianggarkan berusia sekitar 20 tahun itu dipercayai meninggal atas faktor usia.
Para pemancing yang pernah menangkap Carrot, mengakui terkesan dengan perkhabaran itu. Bangkai Carrot telah dikuburkan di sebelah kolamnya dan sebuah plak telah didirikan bagi memperingati ikan lagenda tersebut.
Seorang jurucakap Bluewater Lakes berkata, Carrot adalah ikan yang unik dan kematian ikan ini telah menjejaskan emosi mereka.
“Kami masukkan Carrot ke dalam kolam kira-kira 20 tahun lalu sebagai sesuatu yang berbeza bagi para pelanggan kami. Bila dapat tahu Carrot dah mati, kami semua berasa sedih.”
Walaupun begitu, Carrot meninggal dua keturunan di mana salah seekor memiliki berat 18 kilogram.
Bluewater Lakes dimiliki oleh nelayan British, Gary Tardi. Menurutnya, ikan emas itu meninggal tidak lama selepas bertelur dan waktu itu merupakan waktu yang sangat stress untuk ikan emas.
Sementara itu, Lee Parker; individu terakhir yang menangkap Carrot pada bulan berkata, “Berita ini sangat menyedihkan kerana saya baru saja menangkapnya beberapa minggu lalu. Kini hanya tinggal kenangan. – Agensi








