Ifa Raziah dakwa gagal dapat subsidi petrol walaupun guna MyKad? | The Reporter

Ifa Raziah dakwa gagal dapat subsidi petrol walaupun guna MyKad?

Ifa Raziah tunjuk resit pam minyak RM60 dan pegang MyKad sambil persoal kenapa tidak dapat subsidi petrol.
“Dah empat kali isi dapat subsidi, tapi hari ni langsung tak keluar potongan. Apa masalah sistem ni?” – Ifa Raziah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan usahawan, Ifa Raziah, tampil meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa gagal menikmati harga subsidi petrol ketika mengisi minyak di sebuah stesen di Gelang Patah, Johor.

Dalam video TikTok yang dimuat naik kira-kira 19 jam lalu, Ifa menunjukkan resit pembelian petrol RM60 sambil menegaskan beliau sudah menggunakan MyKad seperti biasa tetapi tidak menerima potongan subsidi.

Menurut Ifa, insiden tersebut berlaku pada 7 Oktober di Gemilang Petro Mart. Katanya, sebelum ini beliau sudah beberapa kali menggunakan MyKad untuk mengisi minyak dan semuanya berjaya menikmati subsidi.

“Baru tadi saya isi dengan MyKad saya, isi minyak RM60 sepatutnya dapat subsidi. Tapi nampak ni? Tak dapat lagi subsidi. Ini resitnya, jadi di mana sistem yang betul di stesen minyak ini?” katanya sambil menunjukkan bukti pembayaran.

Baca juga:

Ifa turut mempersoalkan sama ada masalah berpunca daripada sistem subsidi petrol atau stesen minyak berkenaan.

Beliau mendakwa sudah membuat aduan kepada pihak stesen namun dimaklumkan tiada apa yang dapat dilakukan.

@ifa_raziah

INI BUKAN PERTAMA KALII SAYA ISI MINYAK MENGGUNAKAN IC DAH 4 KALI! SEMUA DAPAT SUBSIDI! TETAPI HARI INI SAYA TAK DAPAT HARGA SUBSIDI.. APAKAH PUNCANYA? DAH MENGADU KAT STATION SHELL KATANYA TAK BOLEH NAK BERBUAT APA2!! TOLONGLAH JAGA SISTEM UNTUK SUBSIDI MINYAK INI DENGAN BETUL!! JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT!!

♬ original sound – IFARAZIAH – IFARAZIAH

“Tolonglah jaga sistem subsidi minyak ini dengan betul. Jangan menyusahkan rakyat,” tegasnya.

Video berkenaan pantas meraih perhatian ramai di media sosial, dengan sebahagian netizen bersimpati terhadap situasi yang dialami, manakala ada juga yang meminta pihak berkuasa memberi penjelasan segera mengenai isu teknikal itu.

Related Posts