Ibu Zayn Rayyan dakwa dipaksa buat pengakuan bunuh anak | The Reporter

Ibu Zayn Rayyan dakwa dipaksa buat pengakuan bunuh anak

Ismanira dakwa dupaksa untuk membuat pengakuan bunuh.
Gambar: NSTP/Raihana Mansor

Ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf mendakwa dia dipaksa membuat pengakuan membunuh anaknya semasa 13 hari dalam tahanan reman pada Jun tahun lalu.

Ketika memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama di Mahkamah Sesyen hari ini, Ismanira, 30, berkata siasatan dijalankan di sebuah banglo di Petaling Jaya dikenali sebagai ‘safe house’ dan mendakwa dipaksa membuat pengakuan di Mahkamah Majistret, namun dia menolak.

“Saya dituduh, ditekan dan dikatakan mereka-reka cerita kononnya saya menjumpai anak saya sendiri dan membunuhnya,” katanya.

Ismanira turut menegaskan dia tidak pernah mengabaikan anaknya, malah hanya berpisah dengan Zayn ketika bekerja dan waktu persekolahan sahaja.

“Saya yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Zayn sepanjang hidupnya. Saya tidak pernah biarkan dia bersendirian,” ujarnya.

Baca juga:

Semalam, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri atas pertuduhan mengabaikan Zayn hingga menyebabkan kecederaan fizikal. Bagaimanapun, suaminya Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa mengabaikan Zayn, 6, di kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai antara 5 hingga 6 Disember 2023, di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mayat Zayn ditemukan pada 6 Disember 2023, sehari selepas dilaporkan hilang.

Sumber: Harian Metro

Related Posts