Ibu salah faham, 2 lelaki asing bukan nak culik tetapi bantu anaknya naik eskalator rosak | The Reporter

Ibu salah faham, 2 lelaki asing bukan nak culik tetapi bantu anaknya naik eskalator rosak

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isnin lalu, dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 7.30 petang, di Klang Sentral semasa mangsa sedang menaiki eskalator bersama ibunya.

Bagaimanapun siasatan mendapati, apa yang berlaku hanyalah salah faham dan bukannya kes culik seperti yang didakwa.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dua lelaki warganegara Nepal itu kebetulan berada berdekatan lalu menghulurkan bantuan pada kanak-kanak itu yang dilihat sukar menaiki eskalator yang rosak pada masa kejadian.

Berdasarkan penelitian pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua lelaki berkenaan sememangnya cuba membantu kanak-kanak itu sebelum diserahkan kepada ibunya yang menyedari perbuatan mereka.

Polis tidak menolak kemungkinan ibu kanak-kanak itu panik dan menyangka anaknya akan diculik menyebabkan kekecohan itu berlaku.

Semakan lanjut mendapati, dua lelaki berkenaan merupakan pekerja di kilang berdekatan dan kerap datang ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan.

Suspek juga dikatakan tidak melarikan diri semasa ditahan orang awam.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

Related Posts