Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 45 tahun di Kampung Cilandak, Daerah Kalibuner, Indonesia, maut ditikam oleh anak lelakinya pada Isnin lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Inas, ditemui oleh jirannya dalam keadaan tidak bernyawa dan berlumuran darah di bilik tidurnya pada jam 4.15 pagi, Selasa.
Ketua Polis Daerah Kalibunder, Inspektor Taufik Hadian berkata, pihaknya telah menahan suspek, Rahmat, 26 dan kes masih dalam siasatan.
Berdasarkan siasatan, Rahmat tergamak membunuh ibu kandungnya dengan menikam perut mangsa menggunakan alat penggembur tanah.
Rahmat mengaku berbuat demikian kerana berang tidak dibelikan motosikal. – Agensi