Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa dan kesedihan selepas kehilangan anaknya yang baru berusia empat bulan, dipercayai meninggal dunia ketika berada di sebuah taska, di Bandar Saujana Putra, Selangor.
Dalam satu hantaran mesej yang tular, Yuni Rahman mendakwa berlaku kecuaian dari pihak taska sehingga menyebabkan kematian bayinya, Handzalah.
Bayi ditinggal tanpa pengawasan
Jelas Yuni, Handzalah dilahirkan pramatang dan memerlukan penjagaan rapi. Sepanjang kehamilannya, Yuni menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan, tetapi tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anaknya. Malah, sebaik saja dilahirkan, Yuni sentiasa memastikan segala keperluan Handzalah dipenuhi.
Namun, keadaan berubah apabila Handzalah dihantar ke sebuah taska. Yuni mendakwa anaknya telah ditinggalkan bersendirian dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan. Dan pada masa yang sama, Handzalah mengalami kesukaran untuk bernafas dan meninggal dunia.
Hantar anak dalam keadaan baik, tapi..
“Saya hantar anak saya dalam keadaan sihat dan bernyawa. Tetapi, selepas lapan jam, saya mendapat berita yang dia telah tiada.
“Teacher semua dah ambil hak saya. Kalau kematian disebabkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) sekalipun, masih dapat dielakkan sekiranya ada orang jaga sepanjang masa.
“Teacher tinggalkan anak saya dalam bilik dan hanya tuhan saja yang tahu berapa lama. Sampai anak saya struggele nak bernafas? Sampai terberak-berak dia sebab sakit? Last saya tukar pampers dia semasa dia masih hidup, sebelum saya hantar pergi taska jam 9 pagi. Lapan jam kemudian, saya kena tukar pampers dia dalam keadaan dia meninggal.


“Cakaplah macam mana pun, ‘Takpa dia anak syurga’, ‘Takpa nanti dia tarik masuk syurga’, ‘takpa dah tertulis takdir’, saya masih rasa hal ini boleh dielakkan. Kalau tak dapat jaga, cakap tak boleh jaga. Kalau teacher beritahu awal-awal, anak saya masih hidup.
“Dunia dan akhirat saya takkan maafkan. Saya berdoa Allah laknat mereka semua yang terlibat. Anak saya tak bernafas, teacher boleh cakap tak tahu,” katanya.

2 pengasuh jaga 25 kanak-kanak?
Yuni turut menyalahkan pihak taska yang gagal menyediakan jumlah tenaga kerja yang mencukupi untuk menjaga kanak-kanak. Dan semasa kejadian berlaku, hanya dua pengasuh sahaja yang ditugaskan untuk menjaga 25 kanak-kanak.

Difahamkan, selepas menghantar mesej tersebut, Yuni mendakwa dia telah dikeluarkan dari kumpulan sembang aplikasi tersebut tanpa sebarang kata-kata permohonan maaf. Tindakan itu katanya, seolah-olah nyawa anaknya tiada nilai.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak taska berhubung dakwaan ini. Orang ramai berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan segera bagi memastikan keadilan ditegakkan.








