Ibu hamil minta gugurkan kandungan, akui terlanjur dengan anak sendiri | The Reporter

Ibu hamil minta gugurkan kandungan, akui terlanjur dengan anak sendiri

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Minggu lalu wargamaya dihebohkan dengan kes seorang ibu tunggal membuat video POV Suami Isteri dengan menggunakan anak lelaki sulungnya melakonkan watak suami, mengundang kecaman ramai.

Netizen menegur di mana perbuatan itu bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah, malah boleh mengundang kepada perbuatan sumbang mahram. Bagaimanapun ibu tunggal berkenaan menepis dakwaan tidak berasas itu dan menegaskan mereka hanya sekadar berlakon dan sebahagian video yang dimuat naik merupakan kandungan dibayar.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi mengenai kisah yang hampir sama dengan situasi tersebut di mana si ibu dan anak lelaki akhirnya terlanjur sehingga dia disahkan hamil dari benih anaknya sendiri.

Tak datang haid 2 bulan

Ini kisah tahun 2015 di klinik O & G. Saya, Muhammad Hassan, ingin menulis kisah ini, tapi risau jika wanita ini membacanya. Kisah wanita hamil, hasil dari persetubuhan dengan anak sendiri.

Datang seorang perempuan berjumpa dengan Dr Locum (ganti). Saya ketika itu bekerja sebagai pekerja pembersihan, berada di bilik sebelah sedang mengelap lantai.

“Doktor, saya dah tak datang haid dua bulan, mula muntah-muntah melayang, sakit di bahagian peranakan“.

Seperti biasa, doktor buat ujian air kencing. Selepas mendapat keputusan, doktor kata, “Tahniah puan, puan mengandung. Sekejap lagi kita buat ultrasound”.

‘Tolong gugurkan kandungan ini!’

Tetapi, perempuan ini menjerit dan menangis. Doktor pun bertanya, “Kenapa puan?”

Doktor, tolong gugurkan kandungan ini! Sebenarnya benih ini hasil dari anak saya sendiri!” kata perempuan itu.

Doktor terkedu seketika dan selepas itu berkata, “Maksud puan, puan bersama dengan anak sendiri?“.

“Ya doktor,” jawabnya.

Doktor terus menepuk dahi. “Tetapi bagaimana puan boleh bersama dengan anak puan sendiri, sedangkan puan sudah bersuami?” tanya doktor.

Suami kerja di oversea

Perempuan itu mula menjelaskan, “Doktor, suami saya kerja oversea. Enam ke tujuh bulan baru balik. Saya ada tiga orang anak lelaki. Anak lelaki sulung berumur 18 tahun. Muka dan wataknya sama seperti suami saya. Saya mula sayang anak sendiri,” katanya sambil menangis.

“Begini puan, saya kena rujuk kes puan kepada pakar. Saya tiada kuasa untuk menggugurkan kandungan ini, saya hanya Doktor Locum,” kata doktor.

Tetapi, perempuan ini terus bangun dan beritahu mahu pergi ke klinik lain untuk menggugurkan kandungan tersebut sebelum diketahui oleh suaminya. Dia terus bangun dan keluar dari klinik tanpa membuat sebarang pembayaran.

Kes ini hampir sama dengan kes yang sedang tular ketika ini. Walaupun hanya lakonan, namun itulah permulaan grooming dan ia boleh membangkitkan nafsu dan cinta.

Yup, kes ibu bercinta dengan anak sendiri ini memang wujud. Apabila kehilangan suami, suami berjauhan dan berpisah dengan anak bertahun-tahun lamanya. Anak pula ada iras wajah suami, melepaskan rindu dengan anak dan mencurahkan cinta dengan anak sendiri.

Itu belum kisah pakcik bercinta dengan anak saudara dalam diam sampai beranak pinak. Kita ingat kisah ini hanya berlaku di negara barat, negara orang kafir, orang kita sendiri pun ada.

Semoga Allah pelihara kita dari perbuatan terkutuk ini.

Related Posts