Ibu dakwa Anna Jobling ambil perintah injunksi | The Reporter

Ibu dakwa Anna Jobling ambil perintah injunksi

Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop.
Gambar: Instagram mamajobling

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hubungan antara pelakon popular, Anna Jobling, dan ibunya, Ariz Arop, menjadi perhatian netizen selepas satu luahan penuh emosi dimuat naik di Instagram Story.

Dalam hantaran tersebut, Ariz mendakwa Anna telah mengambil perintah injunksi terhadapnya. Lebih mengejutkan, dia turut memuat naik gambar berada di hadapan balai polis.

“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai mana peguam yang awak (Anna) panggil, bagilah sebanyak mana injunksi yang awak nak bagi.

“Letaklah sebanyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui pelbagai onak duri, bergadai nyawa nak besarkan awak. Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun saya reda saja. Allah ada, Allah Maha Adil,” tulisnya.

Ariz turut mendakwa dirinya dikunci di dalam kereta sehingga mengalami serangan panik (panic attack) dan terpaksa memecahkan cermin pintu kenderaan tersebut. Akibatnya, tangannya bengkak dan sakit.

“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, saya jadi panik, tiada pilihan. Allah ada, Allah tak tidur,” ujarnya lagi.

Hantaran di Instagram Story ibu Anna Jobling
Baca juga:

Nada luahan itu bertambah sebak apabila Ariz menyifatkan dirinya dilayan seolah-olah tidak berharga walaupun pernah berkorban demi kejayaan anaknya.

“Famous je lupa diri, terus lupa mak dia. Dia ingat, dia ada duit boleh layan mak dia macam ni. Saya ni dah macam anjing kurap. Saya dah bergolok gadai, jual macam-macam. Kita driver tak bergaji. Macam ni dia buat. Dia punya hina tu, panggil lawyer macam saya nak bunuh dia,” katanya.

Luahan penuh emosi ini pantas mencuri perhatian netizen yang tertanya-tanya mengenai punca sebenar konflik antara dua beranak ini.

Related Posts