'Saya dah give up sampai doakan dia mati' - Ibu kecewa anak perempuannya liar, enggan sekolah | The Reporter

‘Saya dah give up sampai doakan dia mati’ – Ibu kecewa anak perempuannya liar, enggan sekolah

Luahan seorang ibu mengenai anak perempuan 14 tahun yang berhenti sekolah, ponteng kerja, ketagih pod dan agresif.
Ibu buntu selepas anak perempuan 14 tahun berhenti sekolah, ponteng kerja dan ketagih pod hingga mohon bantuan pusat pemulihan. | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu di Batu Pahat merayu bantuan pihak berkuasa selepas anak perempuannya berusia 14 tahun berhenti sekolah, mula bekerja namun kerap ponteng, selain menunjukkan tingkah laku membimbangkan termasuk ketagihan pod dan sikap agresif.

Luahan itu dikongsikan menerusi hantaran tular dalam sebuah kumpulan Facebook.

Menurut ibu tersebut, anaknya memaksa keluar sekolah sehingga memerlukan guru datang ke rumah bagi mendapatkan tandatangannya.

Selepas berhenti, remaja itu bekerja di sebuah kedai makan namun hanya hadir sehari dua sebelum ponteng. Dia didakwa tidak berdisiplin dan menganggap tempat kerja seperti miliknya.

Baca juga:

Ibu itu mendakwa anaknya ketagih pod, berjaga pada waktu malam dan tidur pada siang hari. Rumahnya dikatakan dalam keadaan terlalu bersepah dengan pakaian kotor bertaburan, pinggan disorok bawah katil serta barang peribadi tidak terurus.

“Kalau tengok rupa, memang elok… tapi perangai ya Allah,” katanya.

Tingkah laku kasar, dipercayai tertekan

Setiap kali ditegur, remaja terbabit dikatakan melawan, menghempas barang dan menyatakan dirinya tertekan namun tidak menjelaskan puncanya. Keadaan itu membuatkan ibu semakin hilang sabar dan bimbang keselamatan anak.

Dia turut melahirkan kebimbangan anaknya akan terjerumus dalam hubungan terlarang dengan lelaki.

Luahan ibu yang sudah berputus asa dengan sikap anak perempuannya berusia 14 tahun
Ibu mohon bantuan pusat pemulihan

Buntu dan tertekan, ibu berkenaan memohon panduan untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan akhlak kerana tidak lagi mampu mengawal situasi di rumah.

Dia mengaku sudah berputus asa sehingga pernah terdetik mendoakan kematian anaknya, menggambarkan beratnya tekanan yang ditanggung.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang menyarankan ibu terbabit mendapatkan bantuan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis, kaunseling atau pusat pemulihan remaja.

Related Posts