Ibu bersubahat dengan suami, rogol & liwat anak kandung, dipenjara 10 tahun - The Reporter

Ibu bersubahat dengan suami, rogol & liwat anak kandung, dipenjara 10 tahun

Sumber gambar: Harian Metro

Seorang ibu berusia 41 tahun di Muar telah dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana bersubahat dengan suaminya dalam kes rogol dan liwat terhadap anak kandung mereka.

Wanita tersebut didakwa bersubahat dengan suaminya, bapa tiri mangsa, dalam melakukan perbuatan tersebut dengan alasan untuk membuang santau, pada jam 11.30 malam, 2021 di sebuah rumah di Segamat.

Wanita tersebut mengaku bersalah atas tuduhan tersebut, manakala suaminya, 43, masih menafikan tuduhan dan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan.

Hakim Abu Bakar Manat, dalam penghakimannya, menegaskan bahawa sebagai ibu, wanita tersebut sepatutnya melindungi anaknya dan bukannya bersubahat dalam perbuatan tersebut.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah membuat laporan polis pada November tahun lalu, mendakwa dirogol oleh bapa tirinya hampir setiap hari.

Mangsa juga dijadikan ‘isteri kedua’ oleh bapa tiri dan tertuduh memberitahu bahawa perbuatan tersebut dilakukan kerana bapa tiri mangsa mahu menguatkan ilmu ghaib yang sedang dituntut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada wanita tersebut dan mengarahkan beliau menjalani sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman itu mengikut Seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah juga mengarahkan wanita tersebut menjalani pengawasan polis sebaik selesai menjalani hukuman penjara mengikut Seksyen 27 akta yang sama.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!