'Ibu bapa kumpul duit RM1 untuk beli kipas baru di sekolah' - Individu dakwa Sabah diberi layanan diskriminasi? - The Reporter

‘Ibu bapa kumpul duit RM1 untuk beli kipas baru di sekolah’ – Individu dakwa Sabah diberi layanan diskriminasi?

Gambar New Straits Times

Walaupun teknologi dan pendidikan di negara kita sudah dikatakan maju ke depan, namun kemudahan di setiap sekolah masih lagi menyedihkan.

Kemudahan di setiap sekolah amat diperlukan oleh para pelajar bagi menjamin suasana pembelajaran yang lebih baik.

Satu hantaran tular di jaringan X yang mendakwa kemudahan di sebuah sekolah di negeri Sabah seperti tidak dipedulikan.

Kemudahan seperti kipas dikatakan tidak berfungsi dengan baik menyebabkan ada inisiatif dari ibu bapa yang mengumpul wang sebanyak RM1 seorang bagi membeli kipas baru.

“Ni di SK Darau yang hanya 15minit dari Kota kinabalu. Ibu bapa kumpul RM1 seorang untuk beli kipas baru. Kementerian pendidikan di bawah kuasa federal.

“Persoalan saya, sampai bila Sabah terus didiskriminasi?” soalnya.

Dalam hantaran itu juga, lelaki ini turut memetik nama Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

Namun begitu, menerusi komen diberikan, ada yang mengatakan segala peruntukan telah diberikan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk disalurkan kepada pihak sekolah.

Dalam masa sama, netizen menyatakan masalah ini bukan hanya berlaku di sekolah di negeri Sabah, malahan ada sesetengah sekolah di semenanjung masih mempunyai masalah yang sama namun masalah ini tidak seteruk beberapa tahun sebelumnya.

Sumber: Shahrizal Denci

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!