Ibu bapa bawa Sushi Boat ke sekolah, sambutan hari jadi anak curi perhatian | The Reporter

Ibu bapa bawa Sushi Boat ke sekolah, sambutan hari jadi anak curi perhatian

Sekumpulan murid sekolah rendah sedang teruja melihat Sushi Boat besar atas meja sempena sambutan hari jadi di dalam kelas.
Sambutan hari jadi dalam kelas ini mencuri perhatian apabila ibu bapa membawa kejutan Sushi Boat gergasi buat anak mereka. Murid lain turut teruja!

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sambutan hari lahir seorang murid tahun 6 di sebuah sekolah rendah mencuri perhatian ramai apabila dia diraikan dengan sebiji kek bertemakan akademik dan sukan serta hidangan ‘sushi boat’ gergasi yang diangkat naik ke kelas melalui balkoni.

Detik itu dirakam oleh seorang guru dan tular di media sosial kerana keunikan serta kemeriahannya.

Video menunjukkan suasana ceria dalam kelas apabila rakan-rakan turut bersorak dan bertepuk tangan, menyambut ulang tahun ke-12 murid berkenaan. Kek yang dihias dengan simbol buku, raket dan angka 12 turut menarik perhatian kerana membawa mesej motivasi.

Baca juga:

Netizen teruja, kongsi cerita serupa

Ruangan komen dibanjiri pujian terhadap usaha ibu bapa murid tersebut yang dianggap luar biasa dan pemurah. Ramai berkongsi pengalaman sambutan serupa yang pernah dialami anak mereka. Antara komen yang mencuri perhatian ialah kisah seorang murid yang pulang ke rumah membawa seekor ayam makanan tengah hari sebagai hadiah daripada ibu bapa rakan sekelas.

Ada juga yang meluahkan kekaguman dengan menulis, “Lain daripada lain ni, aku nak gakkk,” dan “Pehh, berapa la modal sushi tu.”

@azekkun

Selamat Hari Lahir Marcus Lim 🎂 Big Sushi Boat Aura farming Memang Terus #azekkun Auto Konten 🔥 Terima Kasih Diucapkan kepada ibu Marcus yang pemurah 👍🏻 Semoga sihat dan gembira selalu ❤️ #fyp #birthday #azekkunvideographer #CapCut

♬ original sound – Azekkun – Azekkun

Sambutan kreatif jadi trend, tapi perlu inklusif

Trend sambutan hari lahir di sekolah semakin kreatif, dengan ibu bapa memainkan peranan penting menjadikan hari istimewa anak mereka lebih bermakna. Namun, ramai juga yang mengingatkan agar sambutan sebegini dilakukan secara inklusif supaya tidak menimbulkan rasa tersisih dalam kalangan murid lain yang kurang berkemampuan.

Guru yang merakam detik tersebut turut diraikan netizen kerana menceriakan suasana kelas dan menunjukkan hubungan positif antara murid dan tenaga pengajar.

Sumber: TikTok @azekkun

Related Posts