'Ia hanyalah parodi random' - Imran Bard buat permohonan maaf secara terbuka kepada Ellie Suriaty | The Reporter

‘Ia hanyalah parodi random’ – Imran Bard buat permohonan maaf secara terbuka kepada Ellie Suriaty

Imran Bard

Setelah beberapa hari terpalit dengan isu melibatkan pelakon Ellie Suriaty, pempengaruh Imran Bard akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara umum menerusi hantaran di Instagram Story.

Dia memohon maaf atas kekhilafan diri sehingga menyinggung perasaan pelakon berkenaan.

“Imran mohon maaf kerana ambil masa lama untuk bertenang dan muhasabah.

“Video berkenaan tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak seperti video sebelum ini. Ia hanyalah ‘parodi random’.

“Sebagai peminat yang mengidolakan puan dan pelakon lain yang disebut nama. Nama-nama terkeluar secara spontan dalam setiap video Imran,” katanya.

Katanya, dia mengakui kesalahan nama-nama tidak boleh dipetik, apatah lagi, diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka.

“Imran bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Imran hargai teguran puan dan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk seumur hidup.

“Sekali lagi Imran amat kesal dengan apa yang berlaku dan tidak pernah berniat menyinggung atau menyakiti hati sesiapa, terutamanya puan yang Imran hormati.

“Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, Imran berharap dapat berjumpa secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf Imran secara bersemuka dan tertutup.

“Imran percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan dalam memperbetulkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, pempengaruh berkenaan juga memaklumkan telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ellie Suriaty.

Related Posts