Hyundai Motor bakal buka kilang pertama di Kulim dengan pelaburan RM2.16 bilion | The Reporter

Hyundai Motor bakal buka kilang pertama di Kulim dengan pelaburan RM2.16 bilion

Hyundai Motor buka kilang di Malaysia
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hyundai Motor merancang untuk membuka kilang pertamanya di Malaysia pada tahun depan melalui pelaburan berjumlah RM2.16 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan bahawa pelaburan ini merupakan yang terbesar oleh Hyundai di negara ini. Ia dijangka menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Beliau turut memaklumkan kilang tersebut akan menghasilkan tujuh model kereta dalam tempoh lima tahun pertama operasinya.

“Kilang ini akan dibuka di Kulim, Kedah, pada tahun depan,” katanya kepada media Malaysia yang turut serta dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke Korea Selatan, semalam.

Dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengadakan pertemuan tertutup bersama syarikat konglomerat Korea Selatan seperti Hyundai Motor dan OCI Holdings.

Lawatan rasmi tiga hari itu bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan, dengan kedua-dua negara bakal menyambut ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik mereka tahun depan.

Sumber: Bernama

Related Posts