Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Di kala orang ramai menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dalam kejadian tujuh tahun lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membantah keputusan itu.
SUHAKAM berpandangan, hukuman yang dikenakan itu bukanlah penyelesaian yang adil atau berkesan. Malah SUHAKAM meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman tersebut yang lebih saksama dan berperikemanusiaan.
“…gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman. Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagi SUHAKAM, adalah penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.
“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas terbabit, tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah,” katanya lagi.
Tinjauan di media sosial, kenyataan SUHAKAM itu membangkit kritikan ramai, seolah-olah mengabaikan keadilan yang sepatutnya diperoleh oleh mangsa dan keluarganya.
‘Mangsa terseksa teruk, takde fikir pula mana pergi kemanusiaannya?’

‘Bapak besar kabel’ – Netizen

Sumber: Berita Harian