Hukuman gantung sampai mati adalah tepat, setimpal - MCPF sanggah kenyataan SUHAKAM - The Reporter

Hukuman gantung sampai mati adalah tepat, setimpal – MCPF sanggah kenyataan SUHAKAM

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam tertuduh dalam kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal dengan perbuatan zalim yang dilakukan mereka.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Datuk Seri Ayub Yaakob berata, hakim mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman tersebut meskipun hukuman mati mandatori untuk kes bunuh dan pengedaran dadah telah dihapuskan.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk Malaysia mengikut budaya dan perundangan barat untuk melaksanakan hukuman kerana amalan yang diamalkan barat itu jelas sekali songsang dengan norma kehidupan manusia.

Hukuman yang dijatuhkan terhadap enam tertuduh terbabit juga tepat dan setimpal kerana tindakan menyeksa sehingga menyebabkan kematian seseorang itu adalah jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia. Lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh golongan terpelajar.

Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia (SUHAKAM) membantah hukuman mati yang dikenakan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana hukuman itu bukanlah jalan penyelesaian yang adil atau berkesan.

Sumber: Bernama via Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!