Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam dunia perniagaan kecil dan sederhana, persaingan yang sengit sering kali menimbulkan cabaran besar untuk mencari rezeki. Ada di kalangan peniaga yang terpaksa berhempas pulas untuk kekal bertahan, terutama sekali apabila berdepan dengan saingan yang kuat.
Malangnya, terdapat segelintir peniaga yang mengambil jalan singkat dengan menggunakan ilmu sihir atau amalan mistik untuk menjatuhkan perniagaan pesaing mereka, dengan harapan untuk menguasai pasaran.
Baru-baru ini tular video seorang peniaga kuih muih yang mendakwa gerainya terkena buatan orang yang mahu menjatuhkan perniagaan mereka.
“Nasib kami peniaga tepi jalan ni. Hari-hari tak habis kuih. Orang call kata tak buka. Walhal ada la tercongok kat gerai tu.
“Ini ejen kami di Taman Medan. Kesian, dah tiga bulan macam ni. Ada yang cakap, gerai tutup seminggu dan khemah ada tapi tak ada orang,” katanya.
Menurut peniaga berkenaan, gerai mereka dibuka setiap hari. Tetapi seorang pelanggan wanita mendakwa dia selalu ternampak gerai tersebut tutup atau tiada orang.
“Hari-hari kami buka. Akak bukan orang pertama, sudah 30 ke 40 orang yang kata begitu. Hari-hari kami berada di sini bermula pukul 9.30 pagi hingga enam petang. Hari Sabtu dan Ahad pun kami berniaga.
“Kami dah tiga bulan terkena buatan orang. Meremang bulu roma dibuat orang sampai tak nampak gerai ini. Ini kami dah berubat, barulah keadaan semakin pulih,” katanya.
‘Dia tabur tanah kubur tu’

‘Berubat pun, esok lusa kena balik’

‘Hati orang kita tak nampak’









