Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita dari Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan Malaysia menguruskan ekonomi negara, terutamanya berkaitan harga bahan api dan kos sara hidup rakyat.
“Masa harga petrol (BBM) di Malaysia cuma RM2.05 seliter, di Indonesia pula dah cecah Rp13,250. Itu pun dah beza hampir 65 peratus! Padahal gaji minimum (UMR) di Malaysia lebih tinggi 20 peratus daripada kami,” katanya menerusi satu video yang tular.
Menurutnya lagi, Malaysia kini berjaya menurunkan harga petrol kepada RM1.99 seliter, iaitu satu langkah yang dianggap sangat membantu rakyat. Malah, katanya, kadar tol tidak dinaikkan, selain kerajaan turut menambah satu hari cuti umum serta memberikan bantuan RM100 kepada rakyat untuk membeli barangan dapur.
“Bukan itu saja, ada juga diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian barangan keperluan. Semua ini hanya dapat dicapai dengan kepimpinan yang jujur dan cekap, seperti yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Baru dua tahun pegang jawatan, tapi dah berjaya turunkan inflasi, tingkatkan peluang pekerjaan dan kurangkan kadar pengangguran,” katanya.
Baca juga:
- Jururawat ‘off duty’ selamatkan wanita tercekik raih pujian
- ‘Kabinet kecam keras kenyataan didakwa hina sahabat Nabi’ – Fahmi
- RTM tamatkan siaran di Astro mulai 1 Julai ini
Wanita itu menegaskan bahawa tujuannya bukan untuk membanding-bandingkan antara dua negara, tetapi lebih kepada mengambil contoh yang baik.
“Semoga Indonesia dapat mencontohi kejayaan negara jiran seperti Malaysia, agar rakyat kita juga dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera,” katanya lagi.








