'Wife pakai barang murah hari ni, baju RM2K, handbag RM15K' - Prince Syed | The Reporter

‘Wife pakai barang murah hari ni, baju RM2K, handbag RM15K’ – Prince Syed

Prince Syed Shahid semalam mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna Facebook apabila berkongsi video isterinya yang bersiap ke acara di Perlis, dengan kapsyen “Hari ni wife pakai persalinan murah jer sebab nak ke Perlis untuk Event Laksa Viral.”

Namun dalam video tersebut, beliau turut menyatakan harga persalinan isterinya yang terdiri daripada beg tangan jenama YSL bernilai RM15,000, baju lace pleated RM2,000, kasut tumit tinggi RM300 dan tudung RM35.

Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan maksud sebenar di sebalik istilah “persalinan murah”.

Seorang pengguna Facebook, Nora Ysf menulis, “Macam menipu harga baju tu, sebab aku pun ada baju yang sama.”

Pengguna lain, Syawal Fitri pula meluahkan rasa kecewa dengan kandungan terkini Prince Syed yang semakin keterlaluan.

“Maaf, dulu suka tengok. Sekarang kurang sikit sebab selalu mention harga. Sebelum aku buat dosa, aku unfollow dulu. Maaf ye.”

Komen tersebut turut disokong ramai yang menyindir kenyataan harga yang disebut sebagai tidak selari dengan realiti. Shada Nick antara yang menyuarakan keraguan, “Baju cenggitu RM2,000? Hahaha! Macam membonggak jer harga tu.”

Menyedari video tersebut dikecam ramai, Prince Syed tampil memberikan penjelasan dalam ruangan komen. Katanya, mereka yang mempersoalkan harga itu mungkin tidak pernah menempah baju dengan pereka fesyen.

“Ada yang isukan baju wife RM2,000 adoiiii. Mesti tak pernah tempah baju dengan designer. Orang yang biasa tempah baju dengan designer, baju kurung biasa jer ada yang RM3,000. Walaupun aku bleh menjahit, tapi tetap support kawan-kawan designer lain. Harga tu kiar murahlah tu.”

Walaupun Prince Syed menyifatkan harga itu sebagai “murah” bagi sesetengah golongan, ramai netizen tetap merasakan ia satu bentuk penonjolan tidak wajar.

“Riak.. konon-konon cakap murah, nak suruh orang fikir awak tu apa sebenarnya. Perlu ke mention semua harga-harga tu? Dulu suka tengok, sekarang ni rasa awak terlalu riak sangat. Artis-artis yang kaya raya pun tak pernah mention harga baju diaorang,” tulis seorang netizen.

Perdebatan terus berpanjangan apabila ramai turut membandingkan gaya kandungan tersebut dengan selebriti lain yang lebih sederhana dalam penampilan walaupun berkemampuan tinggi.

Related Posts