Ketua Pembangkang cabar naratif subsidi, dakwa kerajaan hanya ‘tumpang gembira’
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bukanlah hasil tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang digambarkan, sebaliknya berpunca daripada penurunan harga minyak dunia, demikian dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau menyindir Anwar dengan berkata ramai pemimpin kerajaan bersorak kononnya menurunkan harga minyak, sedangkan realitinya banyak negara jiran seperti Thailand telah mengambil langkah sama lebih awal.
“Harga minyak dunia sudah turun… itu sebabnya. Bukan sebab kamu (Anwar) yang turunkan,” tegasnya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis, 24 Julai 2025.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
PM tetap pertahan mekanisme subsidi bersasar
Dalam pengumuman sehari sebelum itu, Anwar menjelaskan bahawa subsidi bersasar akan diperkenalkan menjelang akhir September ini bagi menurunkan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter. Beliau turut menegaskan harga pasaran sebenar RON95 tanpa subsidi kini sekitar RM2.50 seliter.
Menurut Anwar, kerajaan telah menanggung hampir RM20 bilion setahun bagi subsidi petrol sepanjang 2023 dan 2024, bukti bahawa rakyat masih dilindungi walaupun pendekatan subsidi lebih disasarkan.
Sumber: Free Malaysia Today








