'Hanya gah sebab viral, rasanya tiadalah lazat mana' - Wanita bagi 'review' jujur, peniaga kek tapak kuda tampil beri penjelasan | The Reporter

‘Hanya gah sebab viral, rasanya tiadalah lazat mana’ – Wanita bagi ‘review’ jujur, peniaga kek tapak kuda tampil beri penjelasan

Sumber gambar: Facebook

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kek tapak kuda adalah sejenis kek yang sangat popular di Brunei dan Sarawak. Kek ini mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai ladam kuda apabila dipotong. Ia mempunyai tekstur lembut di luar dan di dalamnya berisi inti pelbagai jenis seperti krim coklat, nestum dan nutella.

Kek tapak kuda menjadi sangat digemari di Malaysia, terutama selepas tular di media sosial. Secara keseluruhannya, kek tapak kuda adalah pencuci mulut yang unik dan lazat yang telah menjadi kegemaran ramai.

‘Hanya gah sebab viral’

Sabtu lalu, seorang wanita berkongsi pandangannya mengenai kek viral tersebut yang mana menurutnya tidak berbaloi untuk dibeli kerana harganya yang mahal dan tidak setimpal dengan saiz kek.

“Hanya gah sebab viral. Nampak di gambar macam swiss roll biasa, rupanya cute bah dia dengan harga RM15 coklat, RM17 coklat matcha.

“Rasanya tiadalah lazat mana, lebih kurang seperti swiss roll biasa. Bezanya inti ada crunchy-crunchy nestum digaul dengan coklat cair.

“Kalau mau murah, bikin sendiri.. untuk rasa-rasa bolehlah. Tapi kalau balik-balik, ndak payahlah nak. Bagus lagi kita memborong kek-kek dari hotel-hotel yang kalau lepas jam 6 petang. Setengah harga tapi confirm sedap dan made in hotel.

“Kehidupan semakin keras, dilarang malas, dilarang miskin gais. Semoga murah rezeki semua orang supaya kalau beli apa-apa tidak terasa berat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jangan compare jualan sesama peniaga

Bagaimanapun, kata-katanya itu mengundang perhatian ramai termasuk peniaga yang menjual kek tersebut tampil mempersoalkan hantaran itu.

“Staff saya paksa sis beli ke tadi ni di pasar malam? Jangan compare jualan sesama peniaga sebab masing-masing lain modal.

“Saya tak guna coklat cair untuk jual harga RM15 seperti yang sis katakan. Post sis ini bukan buat tersinggung, tetapi akan memalukan diri sendiri saja. Dan saya tak ada paksa sis beli tadi tu sebab hak membeli memang di tangan pengguna.

“Sis nampak depan mata dengan harga sekian-sekian, kenapa baru sekarang nak complaint? Melainkan sis beli online sebab tak nampak depan-depan.

“Sis punya post ini cakap seolah-olah saya tidak ikhlas berniaga dan harga cekik darah. Dan bukan saya yang viralkan perkara itu, tetapi pelanggan sendiri.

“Sis memang tak menyentuh nama saya, tetapi itu jualan saya. Jangan tegakkan benang yang basah. Saya ada hak untuk perbetulkan dan menjelaskan pada sis kalau sis tak faham konsep berniaga, supaya sis tidak sesuka hati post dan kata kami peniaga ini sesuka hati meletak harga mahal dan tidak ikhlas berniaga. Mujur ramai orang screenshot post ini dan hantar kepada saya,” katanya.

Sumber: Facebook

Related Posts