Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Walaupun dapat beraksi dengan cemerlang di pentas padang bola sepak, namun tanpa kehadiran penyokong-penyokong setia, bagaikan kemanisan perjuangan itu terasa kurangnya.
Namun, tidak dapat dinafikan penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia sangat bersemangat memberikan sokongan bukan sahaja kepada pasukan Malaysia, malahan pasukan negeri masing-masing.
Satu hantaran video tular merakamkan luahan kecewa pasukan penyokong Penang FC dengan kekalahan 0-1 dengan pasukan Sri Pahang dalam Liga Super.
Penyokong berkenaan berdiri di kerusi penonton dan menyuarakan ketidakpuashatian dengan prestasi yang ditonjolkan oleh pasukan berkenaan.
“Kalau hangpa (kamu) tak mahu hormat logo Penang FC, hangpa (kamu) hormatlah bendera Pulau Pinang yang ada kat dada hangpa (kamu)tu. Bendera tu besar makna pada kami.
“Hangpa (kamu) bukan tak biasa main liga, tapi tengok tadi macam tak pernah main bola.
“Hangpa (kamu) untung hujung minggu ni pi cucuk duit, keluar tapi pemain Kedah macam mana, sembilan bulan….,” katanya.
Sementara itu, pemain Penang FC, Syamer Kutty Abba menghargai dan terharu dengan kunjungan penyokong seramai 1104. Katanya, pasukan Penang FC telah cuba memberikan yang terbaik.
“Kami cuba, tapi cuba kami tak cukup baik. Kami faham, kami beruntung, orang lain tak ada gaji, kami ada gaji.
“Anda gaji hari, kami main bola empat jam, ada duit. Saya kalau duduk tempat anda, saya akan buat benda yang sama,” kata Syamer.
Sumber: Penang Kini