Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak dua hari lalu, media sosial dihebohkan dengan video teguran seorang jurugambar terhadap lelaki untuk tidak memakai selipar ketika menghadiri majlis perkahwinan. Ini kerana ia dikatakan akan merosakkan suasana dalam gambar sekiranya pengantin berhasrat menyertakan gambar bersama tetamu dalam album.
Teguran itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Tinjauan awal mendapati, ramai netizen bersetuju dengan teguran itu. Namun, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan jurugambar berkenaan.
Menurut seorang pengguna X, The Siglap Five (@_c_zar), jurugambar itu sepatutnya fokus pada tugasnya untuk mengambil gambar sahaja, bukannya memberi teguran sedemikian.
“Tuan rumah jemput orang yang banyak latar belakang la tu. Bukan semua orang latar belakang macam hang dan aku rasa bukan semua tetamu tak pakai kasut.
“Hang kerja ambik gambar, bukan kerja letak standard pakai kasut atau tidak,” katanya.
Begitu juga dengan pengguna X Softwanah yang berpendapat, perkara yang mudah tidak perlu disulitkan.
“Saudara mara kita ada je yang hidup susah. Diorang datang kenduri kita pun, seribu rahmat sebab jarang jumpa. Yalah, kekangan masing-masing. Tak perlu sulitkan benda tak sulit. Walimah ini mudah, nak jamu orang dan raikan pengantin. Cukup itu saja,” katanya.
Bagi pengguna X Haefos pula, tetamu yang datang untuk memeriahkan majlis dan tuntutan agama. Tiada keperluan untuk jurugambar mengkritik penampilan tetamu.
“Orang ni kadang-kadang tengah kerja. Datang untuk memeriahkan majlis dan tuntutan agama ‘wajib datang kalau dijemput’ je. Tiba-tiba ada photographer, nak condemn life style orang. Aku kahwin hari tu takde beria nak pilih-pilih gambar untuk dipost dan masuk album. Biarlah orang pakai macam mana pun,” katanya.
‘Tutup periuk nasi sendiri ke?’


‘Tak boleh paksa tetamu’

‘Datang nak makan je’









