Haliza Maysuri menang saman RM70,000, tampil dengan tudung ‘setanding nilai maruah’ | The Reporter

Haliza Maysuri menang saman RM70,000, tampil dengan tudung ‘setanding nilai maruah’

Haliza Maysuri mengenakan tudung biru muda berhias kristal di hadapan bunga orkid
Haliza Maysuri tampil elegan dengan tudung eksklusif bernilai RM70,000 sempena kemenangan saman fitnah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Bekas pengedar kalah saman, diperintah bayar RM70,000 selepas fitnah strategi pemasaran
• Tudung rekaan khas digayakan sebagai simbol maruah yang dipertahankan
• Haliza tampil tegas: “Jenama ini bukan dibina dalam sehari, tolong hormati usaha kami”

Dalam dunia perniagaan yang penuh cabaran, ramai wanita bangkit membina empayar dari bawah. Namun, di sebalik kejayaan yang dikutip, ada juga tohmahan dan cubaan menjatuhkan. Buat Haliza Maysuri, pengasas Bawal Exclusive, satu hantaran di Facebook bukan sahaja mencabar strategi syarikatnya, tetapi juga mempertaruhkan maruah yang dibina sejak 1998.

Kelmarin, Haliza hadir dalam satu sidang media penuh simbolik. Beliau bukan sahaja tampil dengan kenyataan tegas terhadap tindakan bekas pengedarnya, malah menggayakan tudung rekaan khas bernilai RM70,000. Bukan untuk menunjuk, katanya, tetapi sebagai lambang bahawa maruah syarikat itu tidak boleh dibeli murah.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Segalanya bermula dengan hantaran Facebook dari Rosmaliza Mansor, bekas pengedar Bawal Exclusive yang menuduh strategi pemasaran syarikat di TikTok sebagai tidak berkesan dan mengelirukan. Hantaran itu kemudiannya membawa kepada tindakan undang-undang.

Menurut peguam Haliza, kenyataan itu tidak sekadar kritikan biasa. Ia disifatkan sebagai fitnah yang boleh menjejaskan reputasi syarikat. Mahkamah bersetuju dan memerintahkan Rosmaliza membayar RM70,000 kepada tiga pihak termasuk Haliza serta memadam kenyataan asal. Beliau juga diarahkan tidak mengulanginya dan membayar tunggakan invois RM570.

“Saya tak kacau sesiapa. Tapi jangan sentuh jenama ini.”

Dalam sidang media di The Majestic Hotel, Haliza kelihatan tenang namun lantang. Katanya, tindakan undang-undang ini bukan balas dendam, tapi prinsip. Jenama yang dibinanya bukan sekadar perniagaan, tetapi hasil titik peluh lebih dua dekad.

“Saya tak pernah kacau sesiapa. Tapi tolong jangan sentuh jenama ini. Dengan jenama inilah saya dikenali, saya cari rezeki.”

Malah, beliau mengakui tidak pernah memakai tudung semahal itu sebelum ini, walaupun ramai pelanggannya pernah membeli tudung berharga puluhan ribu ringgit.

“Hari ini saya pakai tudung RM70,000 sempena kemenangan semalam. Ini simbol yang reputasi kami tak boleh diperlekeh.”

Bila tudung jadi bahasa balas kepada fitnah

Tudung rekaan khas itu bukan sekadar aksesori mewah. Ia membawa makna mendalam: sesiapa yang mencabar kredibiliti dan integriti jenama akan menerima balasan. Paling penting, ia menjadi simbol kepada wanita lain bahawa mempertahankan usaha bukan sesuatu yang perlu disorokkan.

Haliza juga mendedahkan jenamanya kini menjadi antara penyumbang utama kepada Swarovski, hasil kerjasama antarabangsa yang terbentuk tanpa perlu ‘menjual diri’.

“Swarovski datang kepada kita, bukan kita cari mereka. Kita dalam top 10 contributor mereka.”

Sumber: Media Hiburan

Related Posts