Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Masalah yang berlaku di dalam keluarga sebaiknya disimpan rapi. Namun, situasi sekarang lebih rumit apabila masalah keluarga seakan dijadikan sebagai bahan konten di media sosial.
Lebih menyedihkan apabila ada anak-anak yang masih kecil atau ibu bapa yang berusia telah menjadi mangsa keadaan, diburukkan tanpa mempunyai ruang dan hak untuk bersuara.
Seringkali kita mendengar pepatah atau petikan ayat ‘ipar adalah maut’ dijadikan sebagai bahan gurau. Namun tanpa kita sedari sebenarnya ungkapan itu terselit satu kenyataan pahit yang hanya difahami oleh mereka yang melaluinya.
Mengulas isu yang sama, penyanyi, komposer, penerbit rakaman, dan penulis lirik Hafiz Hamidun mengingatkan orang ramai tentang hadis Nabi SAW yang menyebut “ipar adalah maut”.
Menurut beliau, baik lelaki mahupun wanita, apabila berdepan dengan situasi melibatkan ipar, perlulah menjaga pandangan serta perasaan antara satu sama lain.
“Bukan hanya mata, jaga juga mulut jika berbicara,” katanya.
Hantaran tersebut dipersetujui oleh netizen, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan konteks sebuah keluarga besar yang sering menjadi medan salah faham dan perbalahan terutama apabila dicampur aduk dengan media sosial.








