Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebelum ini netizen kagum dan terpesona dengan majlis sambutan hari lahir kucing kesayangan pengasas tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri yang sudah dianggap mewah dan eksklusif.
Bagaimanapun, sambutan hari lahir beliau baru-baru ini turut menjadi perhatian ramai.
Dalam ucapan hari lahirnya, dia hanya meminta dari suaminya untuk mengerjakan haji dengan pakej yang diinginkannya. Namun begitu, bukan sahaja pakej haji yang telah diterima bulan lalu, malahan suaminya telah menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta dan tasbih berharga RM30,000.
“Hadiah pergi kebun,” kata suaminya.
Majlis sambutan hari kelahirannya itu diadakan di sebuah hotel terkemuka dengan dihadiri tetamu kenamaan dan juga beberapa selebriti.
Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram, beliau turut mengharapkan dirinya diberikan kemudahan di hari mendatang.
“Selamat hari jadi untuk diriku. Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
“Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti ditahun hadapan diberikan kemudahan.
“Terima kasih kerana terus kuat dan sabar menempuh pahit manis ujian sepanjang 47 tahun. Terus kuat untuk hari seterusnya,” katanya.
Sumber: Bawal Exclusive, Haliza Maysuri








