'Hadiah lebih berharga' - Aidid Marcello luah rasa syukur anak lelaki sulung berjaya hafaz 30 juzuk Al- Quran - The Reporter

‘Hadiah lebih berharga’ – Aidid Marcello luah rasa syukur anak lelaki sulung berjaya hafaz 30 juzuk Al- Quran

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Personaliti TV, Aidid Marcello meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anak sulung lelakinya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan 20 hari di sebuah pusat tahfiz Akademi Akmal.

Dalam satu hantaran, Aidid menyifatkan kejayaan anaknya itu merupakan hadiah yang lebih berharga.

https://www.tiktok.com/@aidid.marcello/video/7374767116265803024?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7368648550219171345

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah ibu, tiada apa lagi dah hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami. Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni.

“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan Al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia.

“Jangan lupa daddy dan mummy ya bila kami dah tak ada nanti. Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy dan mummy tulis disini bukan utk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” tulisnya.

Doa yang sama buat ibu bapa di luar sana

Dalam hantaran berkenaan juga, Aidid turut mendoakan buat ibu bapa di luar sana agar terus sabar bersama-sama dengan anak yang berjuang menghabiskan hafazan anak-anak mereka.

“Saya doakan juga kepada maka ayah lain yg sedang berhempas pulas dengan anak yg sedang habiskan Al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang Al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan juga, kelihatan isterinya Norzie Pak Wan Chek sebak dan menitiskan air mata melihat kejayaan anak lelakinya itu. Di ruangan komen pula, ramai yang memuji dengan didikan kedua-dua personaliti TV ini dalam membesarkan anak-anak.

Sumber: Aidid Marcello

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!