Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pendakwah Indonesia,Miftah Maulana Habiburrahman, atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, secara rasmi mengumumkan pengunduran dirinya daripada jawatan Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.
Menurut Gus Miftah, keputusan untuk meletakkan jawatan itu adalah pilihan peribadi dan tidak dipengaruhi atau diminta oleh mana-mana pihak, termasuk Presiden Prabowo Subianto.
“Tetapi keputusan ini saya ambil kerana rasa cinta, hormat, dan tanggungjawab saya yang mendalam terhadap Presiden Prabowo Subianto serta seluruh masyarakat,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pengunduran dirinya bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya adalah langkah awal untuk terus memberi sumbangan kepada negara dengan cara yang lebih luas dan berbeza.
Sementara itu, beliau turut menyatakan pandangan bahawa sesuatu jawatan adalah satu amanah yang bersifat sementara dan percaya bahawa khidmat kepada negara tidak hanya bergantung kepada jawatan atau kedudukan, tetapi mencakupi segala ruang di mana manfaat boleh diberikan kepada masyarakat.
Sebelum ini, terdapat desakan daripada pelbagai pihak yang meminta Gus Miftah untuk melepaskan jawatannya sebagai utusan khas. Kempen dalam talian melalui platform Change.org telah menarik sokongan ramai.
Desakan ini mula muncul sejak Rabu (4 Disember 2024), dengan banyak pihak menyuarakan rasa tidak setuju terhadap kedudukan Gus Miftah sebagai utusan khas tersebut.
Terdahulu tular video yang merakamkan Gus Miftah yang didakwa menghina seorang penjual air teh dan menimbulkan kecaman ramai.
Sumber: tribunnews