Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Satu pendedahan yang dibuat oleh seorang wanita mengejutkan ramai pihak terutamanya ibu bapa. Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita yang juga merupakan seorang guru itu menunjukkan sebatang pen yang dibawa oleh anak muridnya.
Jika dilihat dari luaran, kita menyangka itu hanyalah pen yang tidak mengundang bahaya.
Tetapi, guru ini mendedahkan di dalam pen itu bukanlah isian dakwat sebaliknya benda tajam seperti pisau.
Semasa sesi pembelajaran subjek Matematik yang diajar oleh suaminya, seorang murid mneceritakan segala-galanya tentang kegunaan pen itu.
“Kami sangkakan itu adalah pen sehinggalah dia kata kegunaan pen tersebut adalah untuk toreh tangan.
“Budak Tahun Lima dah berfikir macam tu,” katanya.
Sehubungan dengan itu, dia meminta ibu bapa supaya sentiasa membuat pemeriksaan peralatan alat tulis anak-anak supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan komen, netizen menyatakan pen tersebut sebenarnya digunakan untuk memotong pelekat.
Sumber: TikTok