Guru direman, disyaki cabul 2 murid Tahun 6 dalam 'Rumah Hantu' | The Reporter

Guru direman, disyaki cabul 2 murid Tahun 6 dalam ‘Rumah Hantu’

Guru cabul murid Tahun 6
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Melaka direman selama enam hari, selepas didakwa mencabul dua murid perempuan Tahun 6 di dalam ‘rumah hantu’ yang dibuka sempena Hari Karnival Sekolah, semalam.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, berkata perintah reman terhadap guru berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, bermula hari ini hingga 14 Januari.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh guru besar wanita sekolah tersebut di Balai Polis Tanjung Minyak pada jam 12.48 tengah hari. Bertindak di aats laporan, suspek telah ditahan di hadapan sebuah rumah di Paya Rumput pada jam 10.25 malam.

Berdasarkan laporan yang dibuat, pengadu berusia 53 tahun didatangi dua murid perempuan Tahun 6 dalam keadaan takut dan menangis. Mereka mendakwa suspek telah mengajak mereka masuk ke ‘Rumah Hantu’.

Teruja dengan ajakan itu, mereka bersetuju dan semasa berada di dalam premis tersebut, suspek didakwa meraba bahagian kemaluan dan payu dara mereka.

Ekoran kejadian itu, pengadu dan beberapa guru lain terus mencari dan menyoal suspek mengenai tuduhan itu. Namun, suspek menafikan tuduhan tersebut. Pengadu kemudian memaklumkan kejadian itu kepada penjaga kedua-dua mangsa dan membuat laporan polis.

Keputusan ujian saringan air kecing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Sumber: Berita Harian

Related Posts